Don't Be Whine
Dia Sentiasa Ada..Buat Ku...SUBHANALLAH WA ALHAMDULILLA ALLAHUAKHBAR!!!!
10 Laluan Yang Bakal Kita Tujui.....
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )
LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala
LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri
LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah
LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat
LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia
LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram
LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk
LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala
* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW
LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala
* Bencikan segala yang diharamkan Nya."
Mengapa kita dihidupkan di dunia ini????
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah

Bingkisan Rindu buat mu Teman
Assalamualaikum wbt....
Menjangkau Usia Dewasa
Assalamualaikum w.b.tAlhamdulillah wa syukurlillah, sujud syukurku diatas segala rahmat dan nikmat iman dan islam pada hari ni..selawat dan salam buat junjungan mulia s.a.w, ahli keluarga baginda, dan para sahabat ridhwanullah. Alhamdulillah, kerana fitrahufiddin masih mempunyai ruang dan peluang untuk terus bernafas di bumi ini..dan untuk menyambung coretan-coretan indah di blog ini yang mana sekian lama tidak dihiasi dengan entri2 baru, dek kesibukan sebagai mahasiswi tahun akhir..segalanya menuntut pengorbanan yang ikhlas dan jitu dari diri ini.
Fadhilat IstiQhfar..jom sama-sam kita hayati

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135)
Rasulullah s.a.w. amat gemar beristighfar dengan: "Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud: "Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang."
Lafaz istighfar hanya dihujung kalimah berbunyi "Ighfirli", tetapi dimulai dengan kata kata sanjungan dan bunga pujian. Iaitu tasbih mensucikan Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Bertahmid memuji-Nya dengan segala Kemuliaan yang tidak terhingga.
Sebelum meminta sesuatu dari Tuhan lebih dahulu memuji-Nya dengan kata sanjungan. Inilah kaedah yang amat disukai oleh Allah SWT kerana meletakkan-Nya di tempat paling suci dan mulia, sesuai dengan sifat Keagungan Zat-Nya.
Justeru jika seseorang itu rajin bertasbih menyebut 'Subhanallah' dengan penuh kesedaran, misalnya menyebut 'Subhanallah' yang bermaksud Maha Suci Allah dari kejahilan, bererti Dia-lah Tuhan yang Maha Berilmu. Sebut berulangkali 'Subhanallah' Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain, bererti Dia-lah Tuhan penuh dengan segala sifat Kesempurnaan. Sanjunglah Allah SWT dengan tasbih dan tahmid.
Pesanan Rasulullah Buat Kaum Hawa.....
nukilan hati

MUHASABAH HATI

Alhamdulillah rabbi a'lami..selawat dan salam buat junjungan besar rasulullah..ahli keluarga baginda serta para sahabat ridwanullah..salam maal hijrah 1431H buat seluruh umat islam..semoga penghijrahan pada thun ini memberi seribu satu makna buat kita semua...
syukur kehadrat ilahi..kerana pada tahun ini...diri ini masih berpeluang menikmati tahun baru hijrah..dengan harapan hijrah tahun ini lebih membanggakan..dan alhamdulillah..krn diberi kesempatan untuk m'update blog ini, yang sekian lama kesepian dgn santapan fikrahi.
alhamdulillah wa syukrillah..krn hari ini hijrah yang di bawa oleh baginda nabi s.a.w suatu ketika dahulu kian berkembang dengan satu matlamat untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t. Namun sejauh manakah kita pada hari ini menghayati akan penghujrahan yang telah dibawa oleh rasulullah s.a.w. Jika dilihat fenomenan meraikan maal hijrah pada hari ini..ianye adalah sekadar satu perkara yang wajib disambut bagi sesebuah negara islam, maka dimanakah hilangnya semangat hijrah yang ditanam oleh baginda saat penghijrah berlaku satu ketika dahulu.
Hari ini, aku sekadar ingin berkongsi tentang penghijrah dari sudut aku sebagai mahasiswi. Hijrah didefinasikan sebagai perpindahan dari satu tempat ke tempat yg lain..namun hijrah sebagai mahasiswi tahun akhir cukup mencabar kekentalan hati ini, semakin ia diuji semakin kuat ia dipagut rasa. Sehinggakan hampir tersungkur di medan jihad ini, teraba-raba mencari tongkat untuk bangkit dari zaman kedaifan ilmu dan ketandusan fikrahi. Setiap penghijrahan yang dilakukan seharusnya diiringi dengan setiap pengorbanan..moga diberi kekuatan untuk diri mendidik hati ini agar terus bertahan dengan tarbiyah dari Allah ini..hijrah lah untuk menegakkan kalamullah dan bangkit la untuk menjadi mujahidah harapan Islam..jom kita hijrah dari yang lemah kepada kekuatan, yang baik kepada yang lebih baik dan menjadikan hijrah tahun ini lebih bermakna buat ku dan seluruhnya.
HAKIKAT SEBUAH JIHAD

Jihad merupakan puncak kekuatan dan kemuliaan Islam. Orang yang berjihad akan menempati kedudukan yang tinggi di surga, sebagaimana juga memiliki kedudukan yang tinggi di dunia Secara umum, hakikat jihad mempunyai makna yang sangat luas iaitu berjihad melawan hawa nafsu, syaitan, dan orang-orang fasik dari kalangan ahli bid’ah dan maksiat. Sedangkan menurut syara’ jihad adalah mencurahkan seluruh kemampuan untuk memerangi orang kafir. [Lihat Fathul Bari 6/77] Sehingga dapat disimpulkan, jihad itu merangkumi empat bahagian :
A)Jihad melawan hawa nafsu yang meliputi empat masalah iaitu:-
i)berjihad melawan hawa nafsu dalam mencari dan mempelajari kebenaran agama yang haq.
ii)berjihad melawan hawa nafsu dalam mengamalkan ilmu yang telah didapatkan.
iii)berjihad melawan hawa nafsu dalam mendakwahkan ilmu dan agama yang haq.
iv)berjihad melawan hawa nafsu dengan bersabar dalam mencari ilmu, beramal dan dalam berdakwah.
B)Jihad melawan syaitan yang dapat dilakukan dengan dua cara:-
i)berjihad melawan syaitan dengan menolak setiap apa yang dilancarkan syaitan yang berupa syubhat dan keraguan yang dapat mencederai keimanan
ii)Berjihad melawan syaitan dengan menolak setiap apa yang dilancarkan syaitan dan keinginan-keinginan hawa nafsu yang merosak.
C)Berjihad melawan orang-orang fasik, pelaku kezaliman, pelaku bid’ah dan pelaku kemungkaran
Jihad ini meliputi tiga tahapan iaitu:-
i)dengan tangan apabila mampu.
ii)Jika tidak mampu, maka dengan lisan
iii)jika tidak mampu juga, maka dengan hati, yang setiap kaum muslimin wajib melakukannya. Yaitu dengan cara membenci mereka, tidak mencintai mereka, tidak duduk bersama mereka, tidak memberikan bantuan terhadap mereka, dan tidak memuji mereka.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. “Tiga perkara ; barangsiapa yang pada dirinya terdapat tiga perkara ini, maka dia akan mendapatkan kelazatan iman ; Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada yang lainnya, ia mencintai seseorang hanya karena Allah dan dia benci kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah darinya, sebagaimana ia benci dilemparkan ke dalam neraka” [HR Bukhari dan Muslim]
“Barangsiapa mencintai karena Allah, membenci karena Allah, memberi karena Allah, dan tidak memberi kerana Allah, maka dia bererti telah sempurna imannya” [HR Abu Dawud]
“Barangsiapa membuat perkara yang baru atau mendukung pelaku bid’ah, maka dia terkena laknat Allah, malaikat dan seluruh manusia” [HR Bukhari dan Muslim]
Berjihad melawan orang fasik dengan lisan merupakan hak orang-orang yang memiliki ilmu dan kalangan para ulama iaitu dengan cara menegakkan hujjah dan membantah hujjah mereka, serta menjelaskan kesesatan mereka, baik dengan tulisan ataupun dengan lisan. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan : “Yang membantah ahli bid’ah adalah mujahid” [Lihat Al-Fatawa 4/13]
Syaikhul Islam juga mengatakan : “Apabila seorang mubtadi menyeru kepada aqidah yang menyelisihi Al-Qur’an dan Sunnah, atau menempuh manhaj yang bertentangan dengan Al-Qur’an dan Sunnah, dan dikhawatirkan akan menyesatkan manusia, maka wajib untuk menjelaskan kesesatannya, sehingga orang-orang terjaga dari kesesatannya dan mereka mengetahui keadaannya” [Lihat Al-Fatawa 28/221]
Oleh karena itu, membantah ahli bid’ah dengan hujjah dan perbalahan, menjelaskan yang haq, serta menjelaskan bahaya aqidah ahli bid’ah merupakan sesuatu yang wajib untuk membersihkan ajaran Allah, agamaNya, manhajNya, syari’atNya.Berdasarkan kesepakatan kaum muslimin, menolak kejahatan dan kedustaan ahli bid’ah merupakan fardu kifayah kerana seandainya Allah tidak membangkitkan orang yang membantah mereka, tentulah agama itu akan rosak.
Ketahuilah, kerosakan yang ditimbulkan dari perbuatan mereka, lebih berbahaya daripada berkuasanya orang kafir. Ini adalah kerana kerosakan orang kafir dapat diketahui oleh setiap orang, sedangkan kerosakan pelaku bid’ah hanya diketahui oleh orang-orang alim. Adapun berjihad melawan orang fasik dengan tangan, maka ini menjadi hak bagi orang-orang yang memiliki kekuasaan atau Amirul Mukminin, iaitu dengan cara menegakkan hudud (hukuman) terhadap setiap orang yang melanggar hukum-hukum Allah dan RasulNya. Sebagaimana pernah dilakukan Abu Bakar dengan memerangi orang-orang yang menolak membayar zakat, Ali bin Abi Thalib memerangi orang-orang Khawarij dan orang-orang Syi’ah Rafidhah.
D)Jihad melawan orang-orang munafik dan kafir
Bagaimana dengan berjihad melawan orang-orang munafik dan kafir?Al-Imam Ibnu Qayyim menyatakan, jihad memerangi orang kafir adalah fardhu ‘ain ; dia berjihad dengan hatinya, atau lisannya, atau dengan hartanya, atau dengan tangnnya ; maka setiap muslim berjihad dengan salah satu di antara jenis jihad ini. [Lihat Zadul Ma’ad 3/64]
Akan tetapi, berjihad memerangi orang kafir dengan tangan hukumnya fardhu kifayah, dan tidak menjadi fardhu ‘ain, kecuali jika terpenuhi salah satu dari empat syarat berikut ini :
i)Apabila dia berada di medan pertempuran
ii)Apabila negerinya diserang musuh. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan ; “Apabila musuh telah masuk menyerang sebuah negara Islam, maka tidak diragukan lagi, wajib bagi kaum muslimin untuk mempertahankan negaranya dan setiap negara yang terdekat, kemudian yang dekat, karena negara-negara Islam adalah seperti satu negara” (Al-Ikhtiyarat : 311) Jihad ini dinamakan Jihad Difa’.
iii)Apabila diperintah oleh Imam (Amirul Mukminin) untuk berperang
iv)Apabila dibutuhkan, maka jihad menjadi wajib. [Lihat al-Mughni, Al-Majmu’, Zaadul Mustaqni]
Adapun disyariatkan jihad melawan orang kafir (dengan tangan), melalui tiga tahapan iaitu:-
i)Diizinkan bagi kaum muslimin untuk berperang dengan tanpa diwajibkan. Allah berfirman. “Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu” [Al-Hajj : 39]
ii)Perintah untuk memerangi setiap orang kafir yang memerangi kaum muslimin. Allah berfirman. “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas” [Al-Baqarah : 190]
iii)Perintah untuk memerangi seluruh kaum musyrikin sehingga agama Allah tegak di muka bumi. “Dan perangilah musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka memerangi semuanya ; dan ketahuiilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa” [At-Taubah : 36]
Tahapan yang ketiga ini tidak dimansuh sehingga menjadi ketetapan wajibnya jihad sampai hari kiamat. Syaikh Ibnu Baz rahimahullah berkata : “Marhalah (tahapan) yang ketiga ini tidak dimansuh, tetap wajib sesuai dengan kondisi kaum muslimin” [Fadlu Al-Jihad Wal Mujahidin, 2 : 440]
Demikian secara singkat hakikat jihad berserta tahapan-tahapan perintah tersebut. Semua ini harus difahami oleh kaum muslimin, sehingga dalam menetapkan jihad, sesuai dengan keadaan dan syarat-syarat yang harus dipenuhi. Wallahu a’lam
PERUTUSAN HARI LAHIR.....

KU DEDIKASIKAN BUAT SAHABATKU YANG TERCINTA
SEBUAH PERTEMUAN
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan..
adakalanya langkahku tersasar..
Tersungkur dilembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan…
Tika ku kealpaan
Kau bisikan bicara keinsafan
kau berikan aku…kekuatan
Tika aku diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan..keyakinan..
kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan tuhan
Kau katakan rahmatnya..mengatasi segala
Menitis air mataku keharuan
kepada sebuah pertemuan
kehadirannya mendamaikan
hati yg dahulu keresahan
jika hati masih kesamaran..
kau gilap cahaya kebahagiaan
tulus keikhlasan menjalin ikatan
dengan restu kasihmu
ooo..tuhan..
titisan air mata menyubur cinta
dan rindu pun berbunga…mekar
tidak pernah layu…
damainya hati… yang dulu resah keliru
cinta ku takkan pudar
diuji dugaan mengharung dalam harapan
mogakan kesampaian kepada tuhan
lantaran diri yg kerdil dan hina
Menitis air mataku keharuan
kepada sebuah pertemuan
kehadirannya mendamaikan
hati yg dahulu keresahan
syukur sungguh dihati ini
dikurniakan teman sejati
menunjuk jalan dekatinya
tika diri dalam kebuntuan
betapa aku menghargai..,
kejujuran yg kau beri
mengajarku mengenal erti
cinta ini yg abadi
tiada yang menjadi impian
selain rahmat kasihmu tuhan
yang terbias pada ketulusan
sekeping kasih seorang insane
bernama Teman..
PERTEMUAN MUJAHIDAH



"KECANTIKAN WANITA BUKAN PADA WAJAHNYA TETAPI PADA AKHLAK DAN IMANNYA..KEINDAHAN WANITA BUKAN PADA KEKAYAAN HIASAN EMAS PERMATA TETAPI PADA ILMU AGAMA YANG DITUNTUT DAN DIAMALKANNYA,LEMBUT MANJA WANITA BUKAN PADA PENGODA BAHKAN MENJADI PENDOKONG DAN PENDORONG LELAKI YANG BERIMAN UNTUK SAMA-SAMA MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH DAN MENGHIDUPKAN SUNNAH SETIAP MASA..........BE THE A INTELEKTUAL WOMAN TO PROVE THATS WE CAN BE COMPETE BY THE BEST AMONG THE BEST.."...GO!GO!GO! YOU ARE THE BEST MUSLIMAH...
Renungan buat Mu Muslimah...
SALAM AIDILADHA

SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG FITRAHUFIDDIN..SEMOGA LEBARAN INI DISAMBUT TANPA KITA MELUPAKAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN..ANDAI ADA SALAH DAN SILAP SEPANJANG BLOG INI DITERBITKAN..HARAP DIMAAFKAN..SEMOGA KITA SEMUA AKAN BEROLEH KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T..DAN SEMOGA TIAP TITISAN DARAH YG MENGALIR DARI BINATANG KORBAN ITU..AKAN MENJADI SAKSI PENGAMPUNAN DOSA2 KITA YANG LALU...
JUA BUAT SAHABAT2 DAN KENALANKU YANG BERADA DIPERANTAU..SALAM AIDIL ADHA..SEMOGA SETIAP PENGORBANAN YANG ANTUM LAKUKAN AKAN DIKIRA OLEH ALLAH SEBAGAI MAHAR SAAT BERTEMU DGN-NYA..AL-KHALIQ...
"KULLUAAM WA ANTUM BIKHAIR"
RiNdU MeNgUsiK KaLbU
Alhamdulillahi rabbi A'alami..selawat dan salam ku buat junjungan bsar Nabi S.A.W dan ahli kluarga baginda serta para sahabat ridwanullah..syukur ku kehadrat Allah s.w.t krn masih memeberikan aku ruang dan peluang untuk terus bernafas dibumi ini sterusnya dapat melaksanakan segala amanah yg telah terbeban di bahu ini..masyaAllah semakin hari hidup ini meniti usia..semakin banyak ujian dan cabaran yg perlu ku tempuhi..semuanya memerlukan kekuatan fizikal dan mentalku untuk aku terus bermujadalah di bumi yg nyata ini sebagai hamba Al-Khaliqku.."Ya Allah bantulah aku menyusuri stiap perjalanan hidup ini dlm menghadapi segala mehnah dan tribulasi duniawi..maka teguhkanlah hatiku Ya Allah, agar sentiasa brada di jalan-Mu..Ameen Ya Allah"
hai hati..entah knapa?mengapa? hari ini kau terasa resah gelisah menahan rindu pada sebuah pertemuan dan persahabatn yg dibina setahun yg lalu..sudah lama rasanya aku tidak bertemu dgnmu sahabatku..emmm rindunyer mengingatai kenangan di awal pertemuan dan persahabatan kita.."Ya Allah..indahnya ukhwwah ini..dibina demi rahmatmu bertemu dan berpisah hati x gelisah..segalanye demi meraih sezarah payung rahmatmu..terima kasih ya Allah..krn memberikan aku kesempatan untuk merasai nikmat rindu pada ukhwwah yg dibina ini.
*teringat di awal perkenalan ku dgn nyer*
emm..hampir setahun ukhwwah kami terbina..susah senang..pahit manis..jatuh bangun.. dirasai bersama..ukhwwah yg terbina tanpa disangka..alhamdulillah hari ini aku merasai akan kemanisan bila berukhwwah..kebaikan yg ada pada sekujur tubuh dan keikhlasan sekeping hati milik nya..hari ini aku mampu tersenyum..krn bertuah mempunyai sahabat sepertinya..x pernah ku impikan punya sahabat dan teman saat aku kesushn,di timpa kesedihan..krn aku lbih snang dgn sikapku yg pendiam dan memedam rasa..nmun disebalik tabir hati yg sunyi dari sebuah persahabtan..Allah hadiahkan aku seorg sahabt yg baik pekertinya..luhur tiap bicaranya..Alhamdulillah ya Allah..syukur ku yg x terhingga diatas rahmat dan kurniaan mu.
Namun hari ini..takdir yg menetukan setiap pertemuan pasti ada perpisahan..dan perpisahan hari inilah banyak mengajar aku akan erti sebuah persahabatan..dan menyebabkan hati ini sering dipaut rindu pada pertemuan demi pertemuan..namun kenkangan masa yg membatasai segalanya..namun hati ini sentiasa mengharap..masih ada lagi pertemuan diantara kita...biarpon saat jasad ini terbaring lesu.mahupun masih gagah berdiri.."Ya Allah..Ya Tuhanku..titipkan pertemuanku dgn sahabatku..saat jasadku masih bernyawa ini..ameen"
BeRaDa PaDa JaLaN iNi....

Dalam antara kita yang ingin mengajak ke arah kebaikan,ada yang mungkin akan tumpas atau pun dengan kata lainnya berhenti dari medan da`wah.seperti mana Ustaz Hassan Hudaybi menyatakan:
Da`wah ini akan berjalan dan bergerak sama ada dengan kita atau tanpa kita. Seorang aktivis da`wah tidak perlu sedih sekiranya tidak nampak hasil.Allah melihat usaha kita. Pengasas empayar Rom tidak sempat melihat kejayaan nya kerana Rom itu terbina dalam masa yang lama. Kalau sang pengasas itu juangnya semata-mata untuk melihat hasil daripada usaha itu berada dalam hayatnya,maka usahanya mungkin sekali usaha yang tergopoh gapah tanpa perancangan yang kukuh.
Sahabatku,
Usaha anda mungkin tidak akan nampak hasilnya dalam hayat kita ini.Tetapi inshaallah akan membawa hasil.kerana jalan yang kita bawa adalah kesinambungan jalan Rasulullah dan para salafussoleh. Bukankah dalam surah Al-Fussilat ayat ke 33 Allah mengungkapkan
“Siapakah yang paling baik seruannya berbanding orang yang mengajak kepada Allah”.
Sahabat,
Dalam menjalani hidup,kita tidak akan lari daripada segala jenis cabaran. Al Quran sendiri perlu kita kaji dimana dinyatakan
“Adakah manusia itu menyatakan dirinya beriman sedangkan dia belum lagi diuji?”.
Maka ujian dan cabaran itu adalah penyukat terhadap kita. Sebagaimana kita mahu mendapatkan kualiti ISO atau SIRIM pun sesuatu produk itu perlu diuji, kita juga merupakan produk. Produk seorang Muslim untuk diuji sama ada kita ini seorang Mu`min sejati atau bukan.ada pepatah asing mengatakan, “Tea shows it flavor in hot water“.
Maka dapat kita ambil pengajaran bahawa dalam cabaran itu,kita mampu membina diri kita dan mencari serta memperbaiki kelemahan diri. Anda bayangkan tentang pedang.Diciptakan pedang itu dari besi.yang dipanaskan dan ditempa dengan ketukan untuk menempanya.Lalu menjadi pedang yang tajam yang berguna.Begitu juga manusia. Anggap saja manusia ini sebagai besi yang belum ditempa.Ketukan dan kepanasan yang amat tinggi itu adalah cabaran bagi kita.dan produknya adalah seorang Mukmin yang berkualiti.Yang bukan sahaja baik pada akhlak dan imannya tetapi turut sukses dalam kehidupan.
Bukankah Islam ini menyuruh kita untuk berjaya dalam pelbagai segi.Tidak cukup untuk kita baik perangai kita sendiri sahaja.Perlunya kita cemerlang dalam ilmu,ekonomi dan kekuatan.Dan juga perlu kita seru orang lain. Sebagai contoh, perumpamaan dalam buku tulisan Muhammad Qutb,
“ Masyarakat ini ibarat sebuah bahtera.lalu wujudnya segolongan yang ingin membocorkan lantai bahtera itu,sedangkan kita hanya melihat.Akhirnya kita sama - sama tenggelam.”Justeru, hal inilah yang terjadi dalam fenomena sekarang! Kita melihat orang melakukan kemungkaran tetapi tidak langsung ingin menghalang. Alasannya,jangan jaga tepi kain dan itu bukan hal dan masalah kita. Namun akhirnya penyakit ini membarah dan merosakkan masyarakat sehingga ahli keluarga kita sendiri. Sekarang,ADAKAH INI JUGA BUKAN MASALAH KITA??.
Masalahnya, bilamana umat ini hanya menganggap Islam itu sebagai agama ritual.yang setiap perlakuannya hanya adat dan budaya serta ibadat ritual, tiada pengertian lebih dari itu.Sedangkan Islam ini bukan ibadat sahaja. Kehidupan kia seharian dari kita memulakan hari kita perlu dalam kehidupan Islam.dari segi pentadbiran,pergaulan,pendidikan dan lain-lain. Merujuk kepada artikel tulisan bekas mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dalam penulisannya,dia mengatakan yang golongan agama ini dilabel dengan orang yang selalu berjalan lambat, tetapi cepat bila ada majlis kenduri,dan cepat juga pulang bila tamat kenduri,berselisih sama ada daging korban wajar diberi kepada bukan Islam atau tak.Sedangkan umat bukan Islam telah maju kedepan dengan teknologi.Dalam zaman ini,kita seakan kembali ke zaman jahiliah dimana kesedaran bahawa Islam itu sebagai jalan hidup amat nipis sekali.Dimana Jahiliah moden ini menganggap bahawa Islam itu hanya ritual.Hanya ibadah ritual dilakukan seharian.Hidup bekerja dan berkeluarga perlu ikut konsep lain dan bukan Islam.Ini suatu pemikiran yang mematikan.Tidak salah untuk kita mengambil konsep yang dibawakan kerna ia juga adalah ilmu yang berharga.Tetapi,bukankah sewajarnya kita berpaksikan kepada kehidupan yang menjadikan Islam itu sebagai jalan hidup dari semua segi.
Kejayaan cendekiawan Islam dahulu bukan hanya sekdar cerita dongeng semata.Itu adalah realiti sebenar.Tambahan pula,ada sebab kenapa mereka berjaya.Ini kerana, mereka menjadikan Islam ini sebagai jalan hidup bukan sebagai ritual.Jadi permulaannya,kita perlu membawa umat ini memahami erti shahadah itu sendiri.Dari satu kalimat ke satu kalimat.Bilamana kefahaman terhadap aqidah itu wujud dimana menerima konsep Tiada illah selain ALLAH,dan ini senang sekali membawa kepada da`wah berkaitan kehidupan seharian.
Contohnya,kenapa perlu bertudung,kenapa perlu menjaga pergaulan,kenapa perlu nya negara Islam,kenapa itu dan ini. Semuanya sudah ada jawapan kalau kita menerima konsep shahadah itu.Bukan maksudnya menerima itu sekadar melafazkan tetapi memahami dengan sebetulnya apa yang terkandung dalam shahadah. Bilamana kefahaman itu tiada maka terlampau banyak soalan yang bakal menjadikan kita lelah untuk menjawab.Semua perkara yang dipersoalkan akan perlu kita jawab.Yang terbaru,syed tantawi dikecam kerana bersalam dengan shimon peres.Syed tantawi adalah ulama yang hebat.Pasti dia sudah berijitihad dengan sungguh-sungguh.Kita tidak bersalam dengan yahudi pun,mereka tetap menindas saudara kita di Palestin.Bukankah dari penat berbalah dan mengecam seseorang,kita berusaha menyemaikan kefahaman tentang Islam kedalam hati orang Islam itu sendiri yangt tidak akan muncul macam-macam bantahan lagi seperti pengharaman yoga,tidak boleh pakai seluar bagi perempuan dan sebagainya yang dipersoalkan. Walhal,itu semua adalah ranting-ranting.Padahal pokok asasnya tidak kita perbetulkan dan fahami dengan sebaiknya. Kita potong ranting,ranting baru akan muncul. Tetapi kalau kita potong pokok tu terus,masalah akan selesai. Oleh itu,pokoknya adalah kefahaman.Sekarang,adakah anda faham??

rujukan from iluvislam
KeMaNiSaN ImAn
Sebagai manusia yang beriman,perkara kekufuran tidak seharusnya berlaku dalam kehidupan di dunia ini.Manusia yang tidak beriman akan selalu lupa kepada nikmat ciptaan Allah terhadapnya. Manusia yang tidak bersyukur akan menjadi kufur dan lupa akan tujuan mereka dihidupkan di dunai ini sebagai khalifahNya. Rasulallah saw menjelaskan dalam sabdanya yang bermaksud:
”Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman,Allah dan Rasul-nya hendaklah dicintai lebih daripada yang lain,mencintai manusia kerana Allah semata-mata dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya seseorang jika dicampakkan ke dalam api neraka”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Begitu tingginya tahap kemanisan iman yang harus dicapai setiap umat Islam. Mukmin tersebut akan merasai betapa bahagianya hidup menjadi umat Islam yang beriman dan berada dalam ketenangan dan kedamaian,merasai keinginan dan kelazatan lidahnya dengan berzikir mengingati Allah swt. Al-Quran pula sebagai petunjuk yang sentiasa mendidik dan memberi pengajaran kepada semua manusia untuk dapat membentuk keimanan yang sempurna.
Pendidikan iman manusia diterapkan sejak manusia mengenal perkara baik dan buruk. Iman mendidik manusia mengenal dan meyakini adanya perkara-perkara ghaib yang wajib dipercayai melalui rukun iman seperti percaya kepada hari akhirat,qada dan qadar seta syariat Islam. Keimanan antara lain memberi keyakinan bahawa manusia memerlukan pertolongan Allah dalam segala urusan duniawi dan ukhrawi. Iman memberi peringatan mengenai hukum Allah dan kewajipan mentaatinya.
Iman mendidik manusia supaya mencintai Allah dan Rasulullah serta keluarganya(Ahlu Al-bait) dengan membiasakan diri dengan membaca al-quran. Iman memberi motivasi dengan semangat untuk terus tekun berusaha,supaya manusia tidak bergantung kepada takdir semata-mata untuk mencapai kejayaan hidup. Melalui iman yang mantap,ia akan mengingatkan manusia supaya tidak melupakan kepentingan hidup di akhirat ketika hidup di dunia ini. Firman Allah swt yang bermaksud;
”Dan carilah apa-apa yang dikurniakan Allah kepada(kebahagiaan)akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagian dari(nikmat)dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik terhadapMu” (Al-Qasas:77)
Iman merupakan faktor paling penting yang mendidik dan membentuk sahsiah manusia yang teguh dan berakhlak mulia,berakal budi murni serta memperlihatkan teladan yang baik.
MAHKAMAH HATI
Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.
Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.
Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan "hidup" untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya "body" yang kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Dan di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki. Ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan. Ya, dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri.
Kita mungkin mampu menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu Allah dan diri sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati? Setia masa, setiap ketika dan di setiap suasana hati kecil akan bersuara. Tidak tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran. Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua ‘perlanggaran'. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi.
Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan. Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Fitrah ini adalah kurniaan Allah, yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu dibiarkan, diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak akan ada lagi kebahagiaan dan ketenangan.
Jadi, hati-hati menjaga hati, agar hati itu tidak mati! Rasulullah SAW sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila beliau ditanyakan, apakah itu dosa? Baginda menjawab: "Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya." Oleh itu, awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak secara perlahan atau mendadak.
Kata ulama, mujurlah dosa itu tidak berbau, jika tidak, tidak akan ada siapa yang sudi mendekati kita. Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri. Hati itu tidak akan berdusta selagi ia tidak mati!


