Berbahagialah menjadi seorang Muslimah


Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini:
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.


PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…makanya..Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperangfisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


MasyaAllah…demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?masih tak nak jaga aurat??Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!

Bingkisan Rindu buat mu Teman

Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillahi Robbi A'lami, syukur ku kehadrat Allah s.w.t dengan limpahan rahmatnyer, aku masih bisa bernafas di bumi MU ini...alhamdulillah, hari ini..emm..entri yang sebagaimana yang inginku coretkan, emm..mungkin sekadar bicara hati seorang teman.



Antara kita tiada rahsia...
susah dan senang tetap bersama
terpatri nama-Mu
kau takkan pernah ku lupakan....
sudah bertahun lama
kita tidak bersua
hanya tinggak kenangan
yang tak mungkin kita lupakan
kirimkan gambar selalu..
seiring hembusan bayu
sekadar pengubat rindu di kalbu..
pantas masa berlalu
meninggalkan kita semua
tanpa di sedari bertambahlah usia kita
potret lama masihku simpan
ku bingkaikan kenangan
hingga terkadang ku tersenyum sendirian
oh..perjalanan kita masih jauh...
jalan berliku bakal kita tempuh
imbaslah kenangan semalam
jadikan azimat penguat semangat
menempuh masa hadapan
harapanku kau kan bahagia selalu
padaku engkau penghibur duka
pengubat hati resah kecewa
dikala malamku kau bawa cahaya

emm...rupanyer masih jauh perjalanan kita
masih banyak belum kita capaikan bersama
YaAllah..berikanlah kesempatan buat kami
untuk memperkukuhkan diri kami dengan ilmu-Mu
Kuatkanlah Ukhuwwah yang terbina ini
jadikanlah kami dari golongan mereka yang berkasih sayang
demi mengapai seuntai kasih dan rahmat-Mu Ya ALLAH.
Ingin sekali ku gapai Impian yang besar ini bersama-Mu..menyusuri persisiran kasih menuju puncak kejayaan...namun, aku tidak pasti..masihkah ada waktu untuk kita lakarkan kejayaan bersama di awan biru,,sebagaimana yang aku angankan..masihkan bisa angan-anganku ini menjadi kenyataan..emm..biarlah masa dan keadaan yang menentukan..namun YA ALLAh, aku tidak pernah berhenti m'harap..moga-moga masih ada sinar untuk kami lakarkan impian kami di awan biru bersama..Subhanallah.








Menjangkau Usia Dewasa

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah wa syukurlillah, sujud syukurku diatas segala rahmat dan nikmat iman dan islam pada hari ni..selawat dan salam buat junjungan mulia s.a.w, ahli keluarga baginda, dan para sahabat ridhwanullah. Alhamdulillah, kerana fitrahufiddin masih mempunyai ruang dan peluang untuk terus bernafas di bumi ini..dan untuk menyambung coretan-coretan indah di blog ini yang mana sekian lama tidak dihiasi dengan entri2 baru, dek kesibukan sebagai mahasiswi tahun akhir..segalanya menuntut pengorbanan yang ikhlas dan jitu dari diri ini.


Namun, hidup ini hanyalah pentas lakonan kehidupan kita, semakin hari semakin usia menjangkau dewasa..dan segala tanggungjawab terasa makin terpikul..lantaran kita adalah khalifah di dunia hari ini.

Alhamdulillah..tanggal 15 MAC 2010...fitrahufiddin melangkah usia di zaman yang penuh mehnah dan tribulasi duniawi..yang semakin menuntut diri ini untuk mencari selautan ilmu dan pengalaman kehidupan, agar hidup ini lebih bermakna dan sekaligus membawa ISLAM ke mercu yang tertinggi. Alhamdulillah..24jam yang lalu..aku baru sahaja selesai melalui satu saat perjuangan di medan imtihan final sem di tahun akhir, segalanya cukup mencabar kekentalan hati ini untuk mengapai selaut ilmu yang akan aku manfaatkan untuk AGAMA ku, BANGSA ku dan NEGARA ku..subhanallah.

SUBHANALLAH...terasa nyaman dan tenang menyedut udara iman dan islam yang kau titipkan di hati dan jasad ini...dengan usia yang engkau berikan ini..maka berikanlah aku YA ALLAh kesempatan waktu dan masa untuk ku menjalankan segala amanah yang terpikul dibahu ini dengan sebaiknya, berikanlah aku kesempatan ruang dan peluang YA ALLAH untuk membalas segala jasa kedua ibu bapaku yang telah mengasuh dan mendidik aku sehingga aku mncapai usia dewasa ini...dan kau berkatilah setiap perjalanan hidup yang aku lalui ini untuk membawa ISLAM terus syiar di bumi ini...AMIN YA ROBB..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...