KERANA-NYA KITA BERTEMU..

"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya (sahabatnya) didalam doanya..." {IMAM AL-GHAZALI)
kata-kata yang sering menusuk di benakku..credit to UMMUL AMANAH


"Kerana IMAN! Kita berukhwah umpama seindah taman disyurga...Kerana ISLAM! Kita berukhwah umpama sekuat roh berpadu...Kerana AKHIRAT! Kita berukhwah demi Syurga yang dirindui itu...Kerana ALLAH SWT! Sebenarnya kita tetap berukhwah untuk melamar redha dariNya..."
.......Ku semakin ingin memegang hatimu UMMUL AMANAH.....
ku dedikasi kan KHAS buat adikku yang ku cintai selepas Allah & Rasulullah ..toing..toing..toing..jeng..jeng..jenggggggg UMMUL AMANAH ABDULLAH RAHMAN 
"Jika kita mengetahui betapa besar pahala memikir,merancang,membantu,menyusun ISLAM...Nescaya kita tidak akan tinggalkan kerja ini walau sesaat...Jika kita mengetahui betapa azabnya tinggalkan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR...Nescaya kita akan menghargai sesaat pemberian ALLAH...Jika kita mengetahui betapa tingginya nilai UKHWAH PERSAHABATAN diatas dasar AQIDAH ISLAMIAH...Nescaya kita akan menutup lubang-lubang yang akan merosakkan ukhwah...Jika jasad menongkah arus menggerak TARBIAH memelihara AGAMA ISLAM,maka biarlah HATI kita bersama melaluinya...Tinggi harapan agar ALLAH mempertemukan kita semua yang berada diatas jalan juangNYA di SYURGA nanti..."

Abu Saleh meriwayatkan, Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Demi Zat yang nyawaku berada dalam genggamanyaNYA, kamu tidak akan masuk Syurga, kecuali telah beriman. Dan kamu belum disebut beriman, kecuali saling mencintai. Mahukah kamu aku beritahu amalan yang apabila kamu kerjakan dapat menzahirkan rasa saling cinta antara kamu?" Sebarkan salam antara sesama kamu..." {Hadis Riwayat Imam Muslim}

Kita tidak akan dapat masuk Syurga ALLAH kecuali bila kita mengerti apa sebenarnya IMAN.Kita belum disebut insan beriman yang sesungguhnya, apabila tidak sudi mencintai sesama MUSLIM sepertimana kita mencintai diri sendiri.Cintailah sesama Muslim seperti kita mencintai diri kita sendiri.
لايؤمنو احدكم حتى  اكون احبا لإخيه من النفس
tidak sempurna iman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya melebihi dirinya

7 Golongan yang dilindungi oleh ALLAH pada hari Akhirat...

Hafash ibnu Ashim berkata, Abu Hurairah berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

Tujuh jenis manusia yang dilindungi ALLAH dengan naungan (perlindungan) pada hari yang tiada naungan melainkan naungan ALLAH. Pemimpin yang adil, Pemuda yang besar dalam ibadah kepada ALLAH, Orang yang hatinya menyatu dengan masjid, Dua orang yang saling mencintai kerana ALLAH, berkumpul kerana ALLAH dan berpisah kerana ALLAH, Orang yang bersedekah dengan sedekah kemudian dia merahsiakan hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan dengan tangan kanannya, Orang yang diajak oleh wanita yang berketurunan baik dan cantik kemudian dia berkata, aku takut kepada ALLAH dan Orang yang menyendiri berzikir kepada ALLAH kemudian matanya menitiskan air mata oleh sebab rasa takut kepada ALLAH..." 
 {Hadis Riwayat Imam Bukhari}
Halaqoh ini adalah Halaqoh Cinta Kita...

Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita tidak sabar-sabar dating dalam Halaqoh...

Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi, dibawah cahaya rembulan, berdua-duaan, jauh dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang, tanpa rasa takut dan bimbang...

Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah kalamullah...

Jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas rangsangan nafsu,
Kita berkasih atas ukhwah fillah, bebas dari dorongan nafsu semata...

Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita...

Jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
Kita sentiasa saling menjaga akhlak  dan pekerti sesama, saling menasihati agar makin berkualiti...

Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini ALLAH yang punya...

Jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta , keluarga dan maruah demi cinta agung kekasihnya,
Kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agungNYA, ALLAH SWT...
Dalam masa yang sama, kita mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya...
-from TAUTAN HATI by FATIMAH SYARHAH -
uhhubuki fillah buat insan-insan yang hadir disetiap perhentian ku dalam permusafiran hamba di bumi Allah ini..uhhubuki Fillah jiddan buat adik yang ku kasihi UMMUL AMANAH


TERKENANG YANG LALU

Bismillahirahmani rahim....

Selawat dan salam ku lantunkan buat kekasih agung yang menyenari disetiap genap ruang di alam raya ini..moga-moga Syafaat-Mu bisa ku gapai saat aku kembali bertemu Tuhan ku..aminnn.

Alhamdulillah..Alhamdulillah wa Alhamdulillah...seinfiniti kesyukuran di lafazkan, dengan kenikmatan yang di kurniakan tanpa rasa kekurangan saat bernafas tenang menghirup udara iman dan islam di dada langit keredhaan-Mu..Allahu Rabbi.

SEKIAN LAMA............

Hari demi hari..
meniti dan terus meniti..
membelah zaman dan masa...

akhirnyer, hari ini setelah sekian lama..aku kembali pada suatu masa yang mendidik diri tentang sebuah kehidupan. Hati kembali berdetik saat ku jelajahi photo2 kehidupan ku saat mula belajar bertatih di kehidupan yang mencabar.

Bermula hanya di sebuah sekolah yang biasa, ku mula mencipta angan2 meterial yang x kesampaian hari ini >>> Mungkin inilah aturan hidupku yang telah Allah tetapkan buatku.<<< ...Memeliharaku untuk sebuah angan2 yang hakiki. Namun di ruangan pendidikan yang biasa2 lah, aku dikenalkan dengan tarbiyah rohaniah , fizikal & mental..( terima kasih ku abadikan buat ayahndaku..kerna ketegasan-Nya untuk menghantar aku ke sekolah agama, hari ini, aku adalah insan yang mengenal Al-khaliqku dari sebuah pengajian kehidupan islami)

SUBHANALLAH...

Kerna acuan dari ruangan pendidikan yang biasa2, hari ini aku tersenyum indah..merasai sedikit demi sedikit nikmat kehidupan yang x mampu aku cari di kehidupan yang akan datang..

Kerna acuan dari tempat itu, aku menjadi hamba-Nya yang sentiasa dahagakan rahmat kasih sayang-Nya, sentiasa berusaha dan terus berusaha untuk meraih Cinta-Nya ( walaupun kekadang aku terjatuh dari landasan kehidupan..Astaqfirullah hal azeem )

Kerna acuan itu, hati kembali bertaut..berdetik..denyut demi denyut..mengharapkan, aku akan kembali pada penciptaku dengan hati yang sejahtera, iman yang suci dan fizikal yang abadi.

Kerna acuan yang sederhana itu, iman ku sentiasa teruji@menguji@ di uji...itulah fitrah kehidupan yang harus aku lalui sehingga ke penghujung perjalanan ku...

ANDAI MASA DAPAT KU UNDUR...

Tak kan pernah ku mempersiakan segala peluang dan ruang yang tersedia untuk hamba-Nya yang ikhlas mencari keberkatan dan keredhaan-Nya.

Tak kan pernah ku biarkan kasih, cinta & rindu Al-khaliq ku dipersia-siakan oleh sikap iman ku yang sentiasa lemah..sentiasa tewas dalam jihad nafsuku.


SESUNGGUH-NYA....

Aku teramat merindui suatu saat, masa, waktu & ketika itu
Rindu untuk bertatih di sekolah tarbiyah
Yang mengajarkan aku erti sebuah kehidupan

p/s : Terima kasih Ya Rabb, sakit yang engkau kurniakan ini adalah sebesar-besar nikmat yang akan ku hargai sehingga nafasku yang terakhir..Kerna-nya, aku kembali mencari iman yang hampir ku tinggalkan.

::CINTA SANG NABI::

Bismillahirahmanirahim

Seinfiniti kesyukuran ku hamparkan buat-Mu Rabb. Dengan kesempatan waktu, ruang dan peluang untuk pena kasih Fitrahufiddin terus melakarkan coretan indah, suatu perkongsian yang dirasai, difikirkan, dihayati dan insyaallah dilaksanakan seusai syariat-Mu..

Entry ku hari ini..ingin berbicara tentang DIA..
Kekasih agung ku, sahabat2ku dan seluruh umat-Nya
DIA..yang teramat mencintai
kita, kami, aku, dia, mereka & semua
yang mengakui kerasullan baginda



Allah dan malaikat-Nya
berselawat syahdu untuk-Mu
empat alam & penghuninya
jatuh hati pada-Mu

KAU....
Penghulu
pembawa wasilah
cermin Tuhan-Mu di bumi Adam

Cinta-Mu
jalan lurus di atas neraka
di luar barisan-Mu
ada cuma kebinasaan

Tapi...
lihatlah wahai rasul
lihatlah
umat-Mu..umat-Mu..umat-Mu
yang Engkau belai
sepenuh cinta-Mu

kini,,
seolah ianya tiada lagi harapan
kian membuncah pecah
bagai serpihan buih dilautan

Entah kah aku????
adalah diantara umat-Mu
yang membarisi di saff pertama
Atau..
di barisan ketujuh puluh dua

cukuplah Engkau dan Allah saja penyaksi KU

meneruskan langkah ku
di medan kehidupan
yang terhampar indah
penuh noda & dosa

Namun..
kerna mengimani dan membenarkan
kerasulan-Mu
Sallahu a'alaihi wassalam

dan kerna..
mengharapkan syafaat-Mu
aku akan tetap
dan terus berharap
moga mempunyai kesempatan waktu, ruang & peluang
untuk berada di kalangan Umat-Mu
yang sentiasa MERINDUI-MU



Allahu Rabbi..terima kasih, kerna cinta-Mu, hamba merasai kenikmatan hidup sebagai hamba dan umat Nabi Muhammad s.a.w

PENA KASIH

FORMAT.....


Bismillahirahmanairahim...

Seinfiniti kesyukuran dilafazkan kehadrat ilahi dengan kesempatan waktu dan ruang untuk pena fitrahufiddin berlari melakar coretan di taman kasih fitrahufiddin. moga-moga entry kali ini membawa manfaat kepada semua pembaca & pengunjung blog SEJERNIH KASIH ILAHI.

Hari ini, pena fitrahufiddin sekadar melakar kisah yang pendek, namun insyaallah bermanfaat kepada semua ^_^...

emm..hari ini, setelah hampir 3tahun aku memiliki nyer, akhirnya laptop kesayangan ku terpaksa di format kembali untuk menjadi sebuah laptop yang baik, & mungkin sempurna bagi memudahkan segala urusan manusia..

benda ni jadi, bila aku nk install softwere broadband..so, laptop kesayanganku ini meragam..x mo detect softwere tu...jenuh aku mencari punca nyer...at least, aku anggut laptop ni p kedai..dan dari maklumat yang aku dapat...
"u punyer laptop sudah kene serang sama virus maa"...huhuhu..lebih kureng gitu la dialog c tukang repairnyer..

Jadi, the moral value of the story.....

Kita sebagai manusia pon...kadang-kadang diibaratkan seperti sebuah laptop...
-yang banyak kegunaan nyer pada orang lain...tp terfikirkah kita..sejauh manakah kita bermanfaat kepada manusia len..?????emmmm...
-kekadang kita jugak melalui satu peringkat kehidupan, yang mana di setiap peringkat itu..kita tidak terlepas dari masalah..masalah & masalah
-kapasiti untuk menyimpan barang2 berharga dan bernilai terlalu terhad..stakat dalam Local C..sampy masa..bila di format..hilanglah ia ^_^..

So, begitu la sebenarnya kita...
Jadi...untuk menjadi manusia, anak, remaja, pelajar, isteri/suami, & hamba Allah s.w.t, seharusnya ada dalam diri kita satu sikap yang inginkan sesuatu yang lebih baik ^_^.

Untuk jadi insan yang baik, lebih baik & hamba yang sangat di cintai Allah, maka selalulah kita mem'format'kan diri kita untuk senantiasa menjadi insan yang baru..

Setiap hari 'Upgrade kan iman kita, insyaallah kita mampu mem'FORMAT'kan diri kita setiap masa, ketika & hari. ^_^.

Harapanku....

Moga FORMAT baru ini, dapat dan senantiasa mengejutkan kita dari kelenaan yang sia-sia setiap hari. moga hari esok menjanjikan sesuatu yang indah dan bermakna buat kita semua
DAN...
carilah SOFTWERE untuk mencantikkan lagi kehidupan kita agar hidup yang di beri ini menjadikan kita manusia yang akan memanusiakan insan lain..wallahu'aalam.

PENA KASIH

JAULAH MA'AA SOHAABATI


Bismillahi wal hamdulillah, merafaatkan seinfiniti kesyukuran dengan nikmat iman dan islam yang dikurniakan. Hari ini, masih diberikan ruang dan peluang untuk bernafas tenang di bumi Allah dan mencipta sebuah kehidupan yang diredhai Allah s.w.t...Insyaallah.

Alhamdulillah, kesempatan waktu yang ada baru-baru ini, aku & sahabat-sahabat berjaulah selama 2 hari. Mengatur langkah seawal jam 8.00 pagi menuju ke destinasi..yang pasti meninggalkan jutaan kenangan manis kami bersama ^_^...






Dari hati yang tulus, harapanku moga-maga kalian terhibur dengan percutian yang x seberapa. Namun, semoga ukiran persahabatan ini terus kekal tersemat di hati-hati kalian

SALAM UKHUWAHFILLAH

::HARAPAN AKU::


Bismillahi wal hamdulillah, seinfiniti kesyukuran dilafazkan atas nikmat iman dan islam yang dikurniakan. Semalam, hari ini & akan datang, moga-moga rahmat Allah senantiasa memayungi hamba-hamba nya..

Mata pena yang hampir ketandusan idea,
menyebabkan kalam FITRAHUFIDDIN,
berhenti seketika waktu..
meleraikan segala ketandusan idea dari segenap ruang di benak.
Namun kekadang ia hadir tanpa di duga...
& itu adalah diantara nikmat dan kurniaan Allah...

HARAPAN KU...

moga berpanjangan kalam kasih
di TAMAN CINTA FITRAHUFIDDIN...
bersama menjunjung SEJERNIH KASIH ILAHI..

TENTANG DIA & AKU


Bila pena mula berbicara.....

Tiap abjad disusun menjadi perkataan
tiap perkataan menjadi bahasa
tiap bahasa menjadi bicara....
Dan, aku ingin bicara TENTANG DIA & AKU..

Ya Rabbul Izzati...
Subhanallah..sungguh hebat !!!!
perancangan mu buat hamba-Mu, dibalik ujian yang engkau berikan
terhitung ribuan nikmat yang engkau sediakan

namun dia & aku tidak pasti dan ketahui sertai merasainya
bila, dimana, bagaimana, kemana???
ia hadir untuk aku & dia mensyukurinye.

Dan namun kadang-kadang...
engkau bentangkan sebuah coretan kisah
kisah kehidupan yang diluar pemikiran hamba-hamba-Mu

Dan dalam perjalanan menuju kepada-Mu
Dengan memimpin matlamat yang tulus...MARDHATILLAH..
terkadang jatuh..lumpuh..cedera dan hampir syahid...
namun..harus aku & dia tempuhi ranjau yang berduri itu..
yang telah engkau sediakan untuk meng'upgrade iman kami..

SUBHANALLAH........

kerna menyakini dan mengimani segalanya....
Dia & aku semakin akur dengan SEGALA-NYA
walau berbeza pengakhiran kami....
namun matlamat kami hanya SATU...
destinasi terakhir kami hanya SATU..
JANNAH YANG ABADI!!!

moga aku dan dia.....
menjadi insan yang kental, kuat, tegar
sehebat mujahid mujahidah islam...
yang berpeluh keringat di medan jihad

pinjamkan lah kami YA RABB...
hanya seketika waktu...kekuatan yang semaxsimum mungkin
kesabaran yang hakiki...
ketulusan hati yang abadi...
dan keikhlasan hati kami..
untuk kami terus berlayar sufi di medan kehidupan ini..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...