

Iman
1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya'ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
Ilmu
1. Membaca/ belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai Imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Keazaman
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
Jihad
1. Merealisasikan matlamat 'Bersungguh-sungguh melawan nafsu'.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.
Moga ramadhan yang bakal tiba ini, dimanfaatkan dengan sebaiknya, perbaikilah segala kekurang yang tersimpuh di hati, fikrah dan akhlak kita. Moga Ramadhan menjadi saksi pengharapan kita untuk bertemu Al-khaliq kelak. Isi lah ia dengan ayat-ayat cinta Ilahi, santuni ia dengan akhlak yang mulia dan hormanikan lah ia dengan rasa keizzahan yang agung untuk mencapai keberkatan, keampunan dan pembebesan dari api neraka..Insyaallah.
AhLaN WaSaHLaN Ya RaMaDhAn KaReEm
Assalamualaikum w.b.t....
Alhamdulillahil Qa'ill, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda serta sahabat ridwanullah...semoga diri hamba ini bisa menggapai syafaat dari-Mu..Setiap nafas dan denyutan nadi ini, hanyalah untuk mengingati-MU...Subahanallah..Alhamdulillah..Allahuakhbar.
Saya terus mengorak langkah bersama azam yang x pernah luntur di jiwa hamba yang serba kedaifan, terutama dalam mencari ilmu.."daif nya aku ya allah dalam menuntut ilmu-Mu, jadikanlah aku ya Allah hamba yang sangat mencintai ilmu-Mu". Disaat kesibukan menghadiri kuliah, terase kesunyian singgah di segenap jiwa, "rindu nyer nak berusrah..moga2 aku masih sempat berusrah dikampus"(kata2 diawal keberadan di KUIN). Usrah sesungguhnya, membentuk minda dan jiwa para mujahid dan mujahiddin islam, sekaligus mencatumkan kesemua rukun berusrah...Subahanallah, nikmat nyer hidup berusrah, melalui usrah saya mengenal erti persahabatan, keluarga, kasih sayang dan cinta. Terasa sempurnanya hidup dibumi perantauan ini. Terima kasih pada ahli usrahku.