..Five Condition Do Maksiat...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.....

Alhamdulillahi Rabbi A'alami, selawat dan salam buat junjungan besar nabi muhammad s.a.w, dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang dimuliakan Allah s.w.t. Seinfiniti kesyukuran dirafaatkan(saya pinjm kata2 dari sahabt saya-pinjm ekk..huhuhu) kepada Allahu Azzawajalla, dengan segala kenikmatan hidup, kita dapat meneruskan sisa-sisa perjalanan hidup dengan melandasinya di atas syariat Allah s.w.t.

Setiap hari, tanpa di sedari kita sering melakukan kesilapan..atau dengan erti kata lain maksiat. Emm..maksiat, x siapa sedari saat ia berlaku..sama ada pada diri saya atau pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Jesteru itu, bukan untuk mencari silap atau tunjuk akan kesilapan dan kemaksiatan yang telah kita lakukan, namun selagi ada kesempatan untuk kita saling memperingati, seperti mana firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran " saya meneruskan coretan-coretan entri hari ini dengan membawa sebuah cerita yang diharapkan dapat dikongsikan bersama para pembaca yang dirahmati Allah..Jom!!!sama-sama kita hayati kisah yang berlaku di antara Ibrahim bin Adham dan seorang lelaki badwi yang meminta diberikan nasihat akan maksiat yang telah dilakukan selama kehidupannya...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata:

01."Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

02."Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

03."Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

04."Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab:

05."Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Begitulah diantara kekuasaan Allah s.w.t kepada hambanya, semoga kita ini tergolongan dari golongan yang di jauhi dari azab api neraka. Dan berazamlah untuk kita sentiasa menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t dengan pengharapan, semoga masih ada kesempatan untuk kita memohon taubat kepada Allah s.w.t

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...