Assalamualaikum warahmatullahiwabarakah tuh.....
Alhamdulillah wa syukurulillah di atas kesempatan yang dikurniakan Allah buatku dan seluruhnya..selawat dan salam buat junjungan besar nabi s.a.w, kaum kerabat baginda dan para sahabat ridwanullah...alhamdulillah, hari ni diberikan kesempatan untuk mengupdate blog ini, yang sekian lama makin bersawang...subahanallah sudah lama fitrahufiddin tidak menjenguk blog ini..dan sudah sekian lamanya blog ini sunyi dari fikrah fitrahufiddin..namun siapa kah aku hanya insan yang lemah...masa yang harus aku kjar sentiasa..subahanallah...
Alhamdulillah, hari ini fitrahufiddin ingin berkongsi bersama2 para pembaca yang budiman lagi dikasihi...mengenai 2 perkara yang mana selama ini, kita leka dalam menitiberatkan ia, sedangkan ianya adalah satu tuntutan keatas setiap muslim dan seharusnya mensyukuri setiap nikmat, hikmah dan rahmat Allah buat kita..
"WHINE" suatu perkataan yang membawa maksud "MERUNGUT"..sering kali kita merungut, apabila di timpa dengan masalah atau persoalan yang tidak mampu dijawab..kerana jawapan itu sudah kita ketahui. Merungut adalah sesuatu yang telah terbiasa dilafaz kan oleh kita..insan yang lemah tanpa disedari. Kita di berikan mata, mulut, telinga, kaki dan sebagainya untuk digunakan kejalan yang benar..namun disebaliknya itu, kita sering kali merungut saat Allah menguji seketika segala nikmat dan rahmatnya buat kita..subahanallah..berfikir aku segenap..betapa hidupku hari ini sering kali merungut, bila diuji Allah..Astaqfirullahalazim..terlalu dhaifnya diri ini.