Untuk Sujud Kepada Allah swt.-Firman Allah, maksudnya:"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah al-Bayyinah 5:98)
Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya..
Untuk Kita, Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini.-Firman Allah, maksudnya: "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di muka bumi dan meninggikan setengah kamu atas sesetengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.' (Surah al-An'am 6:165)
Untuk Kita Menyeru Kebaikan, Membanteras Kejahatan.- Firman Allah, maksudnya: "Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh bebrbuat segala perkara yang baik, serta melarang dari segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Surah Ali Imran 3:104)
Allah Tidak Jadikan Kita Sia-Sia-Firman Allah, maksudnya: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu )menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Surah al-Mu'minun:115)
kesimpulannyer, setiap kejadian di langit dan di bumi..sama ada manusia, haiwan, tumbuhan, bintang dan bulan dan sebagainya..ianya adalah diantara hikmat dan nikmat Allah buat kita semua..dan setiap kejadian itu ada maknanyer yang tersendiri, yang mana ianya tidak diketahui kita..namun segalanyer ada didalam gengaman Allah Azzawajalla. Hanya Dia yang akan menentukan siapa kita di dunia ini..yang memberikan kita pelbagai latar dan watak untuk berlakon di pentas duniawi..oleh itu bemuhasabah la kita, agar watak yang kita pegang ini..bisa menjadikan kita layak untuk menggapai redha Allah dan layak di sisi Al-Khaliq..insyaallah.