Alhamdulillah wa syukurlillah, sujud syukurku diatas segala rahmat dan nikmat iman dan islam pada hari ni..selawat dan salam buat junjungan mulia s.a.w, ahli keluarga baginda, dan para sahabat ridhwanullah. Alhamdulillah, kerana fitrahufiddin masih mempunyai ruang dan peluang untuk terus bernafas di bumi ini..dan untuk menyambung coretan-coretan indah di blog ini yang mana sekian lama tidak dihiasi dengan entri2 baru, dek kesibukan sebagai mahasiswi tahun akhir..segalanya menuntut pengorbanan yang ikhlas dan jitu dari diri ini.
Namun, hidup ini hanyalah pentas lakonan kehidupan kita, semakin hari semakin usia menjangkau dewasa..dan segala tanggungjawab terasa makin terpikul..lantaran kita adalah khalifah di dunia hari ini.
Alhamdulillah..tanggal 15 MAC 2010...fitrahufiddin melangkah usia di zaman yang penuh mehnah dan tribulasi duniawi..yang semakin menuntut diri ini untuk mencari selautan ilmu dan pengalaman kehidupan, agar hidup ini lebih bermakna dan sekaligus membawa ISLAM ke mercu yang tertinggi. Alhamdulillah..24jam yang lalu..aku baru sahaja selesai melalui satu saat perjuangan di medan imtihan final sem di tahun akhir, segalanya cukup mencabar kekentalan hati ini untuk mengapai selaut ilmu yang akan aku manfaatkan untuk AGAMA ku, BANGSA ku dan NEGARA ku..subhanallah.
SUBHANALLAH...terasa nyaman dan tenang menyedut udara iman dan islam yang kau titipkan di hati dan jasad ini...dengan usia yang engkau berikan ini..maka berikanlah aku YA ALLAh kesempatan waktu dan masa untuk ku menjalankan segala amanah yang terpikul dibahu ini dengan sebaiknya, berikanlah aku kesempatan ruang dan peluang YA ALLAH untuk membalas segala jasa kedua ibu bapaku yang telah mengasuh dan mendidik aku sehingga aku mncapai usia dewasa ini...dan kau berkatilah setiap perjalanan hidup yang aku lalui ini untuk membawa ISLAM terus syiar di bumi ini...AMIN YA ROBB..