Ramadhan membuka Tirai Keimanan Hamba-Nya



بسم الله الرحمن الرحيم

Bismillahi wal hamdulillah, setinggi kesyukuran dirafaatkan buat al-khaliqku. Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat seperjuangan baginda yang dirahmati Allah..Sedar atau tidak, kita kini menghampiri penghujung Sya'aban yang mana ia bakal melabuhkan tirai keizzahan kita dalam debaran menanti Ramadhan kareem yang hanya tinggal sedetik cuma untuk membuka tirai keimanan buat hamba-hambanya yang merindui kedatangannya dengan penuh kecintaan pada Al-khaliq..Subhannallah...Allahumma Ballighana fi Ramadhan ya Rabb..

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w, telah dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan, sehingga memberikan Kesan yang baik, apabila mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan.Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.

Saudara-saudara dan sahabat-sahabatku yang mulia, bagaimanakah halnya kita?
Berjayakah kita dalam memperhalusi ibadah kita dibulan ramadhan???

(اللهم بارك لنا في رجب وشعبان.. وبلغنا في رمضان)
"Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan." [Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi]

Merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah didalam bulan ini iaitu Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Oleh itu,senantiasa lah kita berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan apakah yang telah kita hidangkan bagi menghasilkan Ramdahan yang indah pada tahun ini....

Iman

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).

2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.

3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya'ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).

4. Membaca al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).

5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).

6. Berzikir setiap masa, al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).

Ilmu

1. Membaca/ belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat al-Quran yang berkait dengan puasa.

2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.

3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.

4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai Imam atau makmun di bulan Ramadhan.

Keazaman

1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.

2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.

3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.

4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.

5. Sentiasa berlapang dada.

6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

Jihad

1. Merealisasikan matlamat 'Bersungguh-sungguh melawan nafsu'.

2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).

3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.

4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.

5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.


Moga ramadhan yang bakal tiba ini, dimanfaatkan dengan sebaiknya, perbaikilah segala kekurang yang tersimpuh di hati, fikrah dan akhlak kita. Moga Ramadhan menjadi saksi pengharapan kita untuk bertemu Al-khaliq kelak. Isi lah ia dengan ayat-ayat cinta Ilahi, santuni ia dengan akhlak yang mulia dan hormanikan lah ia dengan rasa keizzahan yang agung untuk mencapai keberkatan, keampunan dan pembebesan dari api neraka..Insyaallah.

AhLaN WaSaHLaN Ya RaMaDhAn KaReEm



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...