:::SEJERNIH KASIH ILAHI:::

Sepi Dalam Kerinduan

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillahi ala kulli hal, seinfiniti kesyukuran dilafazkan buat pemilik agung seluruh kehidupan ini. Selawat dan salam ku izzahkan buat junjungn besar nabi muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, dan para shohabat ridwanullahi alaik. Moga-moga syafaat baginda bisa ku gapai dipenghujung nafas ini.


Termenung diri...
seminggu begini, rasa perit mencengkam hati

Merenung jauh ke langit..
Beginikah kesudahan cerita ukhuwah ku ????

Allah...
Berperang nafsu dan iman
Berperang rasa cinta dan kesakitan
Berperang rindu dan kebencian

Sudah sampaykah kepenghujung nya???. Persoalan demi persoalan timbul tanpa jawapan.

Hati...
Sedaya nya untuk meredhai segalanya
Sedaya nya untuk melepaskan ia pergi


Iman,berbicara halus ......................
terus memujuk hati yang terluka

Berjalan sendirian...
Mencari erti kebahagian dan ketenangan dalam kerinduan

Ketika ditimpa keperitan...
Ketahuilah!!...Allah sedang berbicara kasih dengan mu

"Hasbunallah waniq mal waa'kil"..
Cukuplah bagi ku Allah, engkau lah sebaik-baik tempat diserahkan segala urusan..

Terusan memujuk hati...
Ya rabbi, Inni fawadu haza amri ilaik!! Aku serahkan segala urusan ini hanya padamu ya Allah!

Ya rabbi...
jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Engkau kurniakan.

Hati...tunduk lah untuk dikau syukuri segala nikmat yang pernah engkau kecapi..

"Ya Allah, apa sahaja yang aku alami, daripada nikmatmu daripada kurnian sesiapa dari kalangan hambamu,tiada ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau, wahai tuhanbagi engkaulah pujian, bagi engkau lah kesyukuran "...

Allah, tidak terhitung segala nikmatmu padaku

Wa in ta'uudu nikmatillahi thu'sura (ibrahim:14)


Kerna Cinta itu memberi..
Ku kan terus memberi 
Ku kan setia memberi

Iman...lurusi lah dengan erti tawakkal
Pandangilah ukhuwah ini dengan pandangan kasih dari Rabbi

Hati..berbalut lah dengan erti taqwa
Pasti sembuh segala kelukaan dan keperitan itu

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sahabat, kesayangan hati dan jantungku

Walau di mana sahaja dirimu berada
Walau bagaimnana pun keadaan dirimu kini

Ketahuilah sahabatku
Ruangan mu di hatiku, masih utuh seperti selalu
Sentiasa menyintaimu..
Selalu mengasihi mu
Kerna Allah yang satu!

Di setiap sujud dan tadahan doaku, penghujungnya ada nama mu
Di setiap helaan nafas yang terhembus, ada kasih dan kecintaanku
Di setiap hari yang berlalu, ada kesunyian setia menemaniku bersama kenangan mu
Di setiap air mata yang menitis, ada getaran rindu diseluruh jasadku

Bernafas tenang lah duhai sahabatku
Bernafas lah dalam keimanan yang terpadu
Moga nanti ku temui dirimu kembali!


Allahu Hafeez

Bismillahirahmanirahim....

Selawat dan salam ku lantunkan setingginye buat junjungn besar nabi s.a.w, ahli keluarga baginda dan para sahabat ridhawanullahi alaik. Moga-moga ku bisa menggapai syafaat -mu ya Rasullullah

Alhamdulillah wa Hamdalillah...

Seinfiniti kesyukuran di lafazkan untuk segala nikmat dan rahmat Allah yang meng awani seluruh kehidupan hamba dari mula mata tercelik sehingga tertutup kembali, Alhamdulillahi ala syukri ni'matillah


Bersarang dan bersawang nye blog ini, kerna keterbatasan idea saya yang hanya sedangkal cuma untuk berkongsi segala rasa di ruangan ini.

Allahumma ya Azeem...
hari ini 4 Muharram 1435H..ingin sekali saya berkongsi rasa ini. Rasa bahagia , rasa keterujaan, perasaan kasih seorang ibu dan satu rasa untuk sebuah pengorbanan mengandung dalam keadaan diri yang serba kedhaifan.

Baru kini, merasai kepayahan dan keperitan seorang ibu mengandungkan seorang anak.

For My Little Caliph..

Semalam, hampir 1jam ibu mendengar "tazkirah" dari untie nurse. Tanpa ibu sedari, little caliph dah makin membesar di rahim ibu selama 2 bulan..Alhamdulillah Ya Allah!. Ketika itu jua, manik2 jernih mengalir halus di pipi ibu..tersenyum dalam kesyukuran.

Alhamdulillah dan terima kasih my little caliph, kerna selama 2bulan anaknda ibu ni baik2 sahaja di rahim ibu. Tidak menyusahkan ibu degan rasa mual yang membuak-buak, pening yang nak tercabut kepala. Yang ada hanya lah demam, yang sering kedemamnan dek penyakit ibu yang kekurangan sel darah merah.

Berbahagialah anaknda di rahim ibu..
diamilah dengan penuh kesabaran bersama ibu
Bertahan la sekiranya ibu hampir kelayuan

Insha-Allah, ibu sedaya nya akan mempertahankan little caliph dalam kandungan ibu dengan sebaiknya.

Namun, kekadang ibu merasa kesakitan yang teramat sakit. Sehingga nak duduk pun , ibu merasa serba tak kena sahaja. Antibodi ibu semakin hari semakin menuntut kekuatan yang semaxsimum nya.

Kata untie nurse, semakin little caliph membesar, semakin little caliph menarik zat-zat yang ada pada ibu.

Allah, tiada ungkapan lain yang terucap di bibir selaian kalimah tauhid mu..saat sakit menyucuk nyucuk, hanya air mata yang mampu menterjemahkan segalanya.

Little Caliph...
membesar la sayang dengan sebaiknya
Ibu sentiasa mendoakan little caliph akan jadi lebih sihat , cergas , cerdas dan berimuniti dengan lebih baik.
Ibu akan sentiasa pastikan little caliph memiliki darah yang seimbang.

Bicara buat Ummi Wanis

Alhamdulilahi a'ala kullu nikmatilah..

Buat Ummi Wanis
From Little Caliph..

Hari ini,
Abi, bawa ibu little caliph prgi klinik..sebab ibu selalu demam2 sejak kbelakngn ni..
Lebih2 lagi ibu tengh final exam sekarang ni..kesian ibu , ummi..hari2 demam, demam rindu kn ummi..:-)

Dan tanpa disedari...little caliph dh brusia 2buln dah ummi, Alhamdulillah :-)

Ummi tau tak ,
setiap kali little caliph 'sakitkan' ibu..
ibu selalu usap perut smbil bercerita ttg ummi selain crita psa abi, nenek, atuk, crita pasal kmenangn islam, cinta tntng Allah & Rasul dan mcm2 g crita:-)..ibu suka berbicara dgn little caliph:-)..smpy2 little caliph tertido dgr crita ibu :-D

Kata ibu...
Ummi wanis , diantara orang2 yang ibu kasih dan cinta selepas Allah & rasul :-)
nnti, bila dh besar...ibu hrp little caliph jd sperti Ummi,
Ummi yg pnday
Ummi yg lemah lembut
Ummi yg berjiwa halus
Ummi yg berjiwa kental
Ummi yg pnyer hati yg bersih..hati yg sntiasa lapng
Ummi yg comey, cantik,

sebab tiap kali ibu tengok ummi, meresap ketenangan di hati dan jiwa.

Kata ibu..
kasih sayang ummi dan ibu tiada tolak bandingnya.
walau berbagai ujian yang datang...
ummi dan ibu tetap teguh di atas kekuatan ukhuwahfillah

Ummi Wanis
nanti doakan little caliph jadi anak yang soleh solehah ye, Ummi
dan.. little caliph tak nakal-nakal sepanjang ibu di medan ilmu

Dan little caliph tak kan lupa mendoakan kebaikan & kesejahteraan hidup buat ummi wanis.
Little Caliph juga akan selalu doa...moga-moga satu hari nanti little caliph punyer kesempatan bertemu dengan Ummi Wanis.

Ummi Wanis kebanggaan ibu
Ummi Wanis hati dan jantung ibu

Nanti!!
Ummi Wanis sentiasa tunggu Little Caliph yer
Tunggu! Sehingga Little caliph lahir ke dunia ni
Dan Little Caliph harap & akan selalu doa, Ummi Wanis akan mendukung, memeluk, mencium dan mendoakan Little Calip.

Janji ye Ummi!!!???


Allahumma ja'alna muqiima sholah, wa min zuriati, rabbana wa taqabbal minn dua' ana






::...Ku Tersenyum Dalam Kagum .....:::



^_______^
ku tersenyum dalam kekaguman
kagum dengan setiap inci kelebihan yang dikurniakan
kalam yang sentiasa m'IZZAH kan Allah s.w.t
lLmu yang sentiasa dikongsikan bersama
hidup yang sentiasa memberi
masa yang sentiasa dikorbankan
keletihan yang sentiasa disembunyikan
kesakitan yang sentiasa 'akrab' dgn-Nya
kesedihan yang sentiasa menghuni di hatinya



memiliki sekeping hati yang suci
akhlak yang tersusun indah
Di setiap langkah, tutur bicara dan pemikirannya
kesabaran penuh kelembutan
menghiasi di balik wajah miliknya
berlapang dada sering tersirna di matanya
bicara yang sentiasa mendamaikan hati-hati yang leka


^_______^
ku tersenyum dalam kekaguman
betapa bertuahnya..
bonda & ayahnda-Nya
memiliki susuk tubuh ini..
diri yang sentiasa meyenangkan mereka
redha Allah, bonda & ayahnda
sering meniti di bibirnya


^_______^
ku sentiasa tersenyum dalam kekaguman
memiliki-Nya sebagai sahabat
allahurabbi, pemberian yang tiada nilaiannya
ku syukuri atas segala nikmat yang Engkau kurniakan
nikmat kasih sayang kerana-Mu Ya Allah



Ya Rabbul jalil..
pelihara dirinya dalam sebaik-baik pelindungan-MU
sentiasa berada di bawah naugan rahmat & kasih sayang-Mu
sentiasa memiliki-Mu disetiap helaan nafasnya
kurniakan kebahagian yang tidak disangka2
kurniakan senyuman-Mu yang menjadi kekuatannya


^________^
ku sentiasa tersenyum dalam kekaguman
subhanaAllah, Indah sekali ciptaan-Mu ini
yang sentiasa meniti dihujung hatiku
lalu hatiku sering tersenyum indah
^__________^
sungguh Ya Tuhan...
aku menjadi saksi penciptaan-Mu ini
seumpama Engkau kirimkan 'Malaikat'
Di kiri dan kananku..
yang senantiasa mengetuk diriku dari terlena duniawi


ku sentiasa tersenyum dalam kekaguman, kesyukuran dan kebahagian
umpama melihat jannah firdausi terbentang luas buatku dan dirinya
umpama berteduh di bawah naugan rahmat-Mu
^___________________________^


YA ALLAH, YA TUHANKU...
Andainya bahang mahsyar menyentuh tubuhnya
aku menjadi saksi keimanan dan kesolehannya pada-Mu
namun yang pastinya......
himpunkan kami di suatu saat, ketika dan waktu
agar nanti, ku bisa berteduh di sisinya

KERANA-NYA KITA BERTEMU..

"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya (sahabatnya) didalam doanya..." {IMAM AL-GHAZALI)
kata-kata yang sering menusuk di benakku..credit to UMMUL AMANAH


"Kerana IMAN! Kita berukhwah umpama seindah taman disyurga...Kerana ISLAM! Kita berukhwah umpama sekuat roh berpadu...Kerana AKHIRAT! Kita berukhwah demi Syurga yang dirindui itu...Kerana ALLAH SWT! Sebenarnya kita tetap berukhwah untuk melamar redha dariNya..."
.......Ku semakin ingin memegang hatimu UMMUL AMANAH.....
ku dedikasi kan KHAS buat adikku yang ku cintai selepas Allah & Rasulullah ..toing..toing..toing..jeng..jeng..jenggggggg UMMUL AMANAH ABDULLAH RAHMAN 
"Jika kita mengetahui betapa besar pahala memikir,merancang,membantu,menyusun ISLAM...Nescaya kita tidak akan tinggalkan kerja ini walau sesaat...Jika kita mengetahui betapa azabnya tinggalkan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR...Nescaya kita akan menghargai sesaat pemberian ALLAH...Jika kita mengetahui betapa tingginya nilai UKHWAH PERSAHABATAN diatas dasar AQIDAH ISLAMIAH...Nescaya kita akan menutup lubang-lubang yang akan merosakkan ukhwah...Jika jasad menongkah arus menggerak TARBIAH memelihara AGAMA ISLAM,maka biarlah HATI kita bersama melaluinya...Tinggi harapan agar ALLAH mempertemukan kita semua yang berada diatas jalan juangNYA di SYURGA nanti..."

Abu Saleh meriwayatkan, Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Demi Zat yang nyawaku berada dalam genggamanyaNYA, kamu tidak akan masuk Syurga, kecuali telah beriman. Dan kamu belum disebut beriman, kecuali saling mencintai. Mahukah kamu aku beritahu amalan yang apabila kamu kerjakan dapat menzahirkan rasa saling cinta antara kamu?" Sebarkan salam antara sesama kamu..." {Hadis Riwayat Imam Muslim}

Kita tidak akan dapat masuk Syurga ALLAH kecuali bila kita mengerti apa sebenarnya IMAN.Kita belum disebut insan beriman yang sesungguhnya, apabila tidak sudi mencintai sesama MUSLIM sepertimana kita mencintai diri sendiri.Cintailah sesama Muslim seperti kita mencintai diri kita sendiri.
لايؤمنو احدكم حتى  اكون احبا لإخيه من النفس
tidak sempurna iman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya melebihi dirinya

7 Golongan yang dilindungi oleh ALLAH pada hari Akhirat...

Hafash ibnu Ashim berkata, Abu Hurairah berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

Tujuh jenis manusia yang dilindungi ALLAH dengan naungan (perlindungan) pada hari yang tiada naungan melainkan naungan ALLAH. Pemimpin yang adil, Pemuda yang besar dalam ibadah kepada ALLAH, Orang yang hatinya menyatu dengan masjid, Dua orang yang saling mencintai kerana ALLAH, berkumpul kerana ALLAH dan berpisah kerana ALLAH, Orang yang bersedekah dengan sedekah kemudian dia merahsiakan hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan dengan tangan kanannya, Orang yang diajak oleh wanita yang berketurunan baik dan cantik kemudian dia berkata, aku takut kepada ALLAH dan Orang yang menyendiri berzikir kepada ALLAH kemudian matanya menitiskan air mata oleh sebab rasa takut kepada ALLAH..." 
 {Hadis Riwayat Imam Bukhari}
Halaqoh ini adalah Halaqoh Cinta Kita...

Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita tidak sabar-sabar dating dalam Halaqoh...

Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi, dibawah cahaya rembulan, berdua-duaan, jauh dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang, tanpa rasa takut dan bimbang...

Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah kalamullah...

Jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas rangsangan nafsu,
Kita berkasih atas ukhwah fillah, bebas dari dorongan nafsu semata...

Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita...

Jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
Kita sentiasa saling menjaga akhlak  dan pekerti sesama, saling menasihati agar makin berkualiti...

Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini ALLAH yang punya...

Jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta , keluarga dan maruah demi cinta agung kekasihnya,
Kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agungNYA, ALLAH SWT...
Dalam masa yang sama, kita mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya...
-from TAUTAN HATI by FATIMAH SYARHAH -
uhhubuki fillah buat insan-insan yang hadir disetiap perhentian ku dalam permusafiran hamba di bumi Allah ini..uhhubuki Fillah jiddan buat adik yang ku kasihi UMMUL AMANAH


TERKENANG YANG LALU

Bismillahirahmani rahim....

Selawat dan salam ku lantunkan buat kekasih agung yang menyenari disetiap genap ruang di alam raya ini..moga-moga Syafaat-Mu bisa ku gapai saat aku kembali bertemu Tuhan ku..aminnn.

Alhamdulillah..Alhamdulillah wa Alhamdulillah...seinfiniti kesyukuran di lafazkan, dengan kenikmatan yang di kurniakan tanpa rasa kekurangan saat bernafas tenang menghirup udara iman dan islam di dada langit keredhaan-Mu..Allahu Rabbi.

SEKIAN LAMA............

Hari demi hari..
meniti dan terus meniti..
membelah zaman dan masa...

akhirnyer, hari ini setelah sekian lama..aku kembali pada suatu masa yang mendidik diri tentang sebuah kehidupan. Hati kembali berdetik saat ku jelajahi photo2 kehidupan ku saat mula belajar bertatih di kehidupan yang mencabar.

Bermula hanya di sebuah sekolah yang biasa, ku mula mencipta angan2 meterial yang x kesampaian hari ini >>> Mungkin inilah aturan hidupku yang telah Allah tetapkan buatku.<<< ...Memeliharaku untuk sebuah angan2 yang hakiki. Namun di ruangan pendidikan yang biasa2 lah, aku dikenalkan dengan tarbiyah rohaniah , fizikal & mental..( terima kasih ku abadikan buat ayahndaku..kerna ketegasan-Nya untuk menghantar aku ke sekolah agama, hari ini, aku adalah insan yang mengenal Al-khaliqku dari sebuah pengajian kehidupan islami)

SUBHANALLAH...

Kerna acuan dari ruangan pendidikan yang biasa2, hari ini aku tersenyum indah..merasai sedikit demi sedikit nikmat kehidupan yang x mampu aku cari di kehidupan yang akan datang..

Kerna acuan dari tempat itu, aku menjadi hamba-Nya yang sentiasa dahagakan rahmat kasih sayang-Nya, sentiasa berusaha dan terus berusaha untuk meraih Cinta-Nya ( walaupun kekadang aku terjatuh dari landasan kehidupan..Astaqfirullah hal azeem )

Kerna acuan itu, hati kembali bertaut..berdetik..denyut demi denyut..mengharapkan, aku akan kembali pada penciptaku dengan hati yang sejahtera, iman yang suci dan fizikal yang abadi.

Kerna acuan yang sederhana itu, iman ku sentiasa teruji@menguji@ di uji...itulah fitrah kehidupan yang harus aku lalui sehingga ke penghujung perjalanan ku...

ANDAI MASA DAPAT KU UNDUR...

Tak kan pernah ku mempersiakan segala peluang dan ruang yang tersedia untuk hamba-Nya yang ikhlas mencari keberkatan dan keredhaan-Nya.

Tak kan pernah ku biarkan kasih, cinta & rindu Al-khaliq ku dipersia-siakan oleh sikap iman ku yang sentiasa lemah..sentiasa tewas dalam jihad nafsuku.


SESUNGGUH-NYA....

Aku teramat merindui suatu saat, masa, waktu & ketika itu
Rindu untuk bertatih di sekolah tarbiyah
Yang mengajarkan aku erti sebuah kehidupan

p/s : Terima kasih Ya Rabb, sakit yang engkau kurniakan ini adalah sebesar-besar nikmat yang akan ku hargai sehingga nafasku yang terakhir..Kerna-nya, aku kembali mencari iman yang hampir ku tinggalkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...