::...Ku Tersenyum Dalam Kagum .....:::



^_______^
ku tersenyum dalam kekaguman
kagum dengan setiap inci kelebihan yang dikurniakan
kalam yang sentiasa m'IZZAH kan Allah s.w.t
lLmu yang sentiasa dikongsikan bersama
hidup yang sentiasa memberi
masa yang sentiasa dikorbankan
keletihan yang sentiasa disembunyikan
kesakitan yang sentiasa 'akrab' dgn-Nya
kesedihan yang sentiasa menghuni di hatinya



memiliki sekeping hati yang suci
akhlak yang tersusun indah
Di setiap langkah, tutur bicara dan pemikirannya
kesabaran penuh kelembutan
menghiasi di balik wajah miliknya
berlapang dada sering tersirna di matanya
bicara yang sentiasa mendamaikan hati-hati yang leka


^_______^
ku tersenyum dalam kekaguman
betapa bertuahnya..
bonda & ayahnda-Nya
memiliki susuk tubuh ini..
diri yang sentiasa meyenangkan mereka
redha Allah, bonda & ayahnda
sering meniti di bibirnya


^_______^
ku sentiasa tersenyum dalam kekaguman
memiliki-Nya sebagai sahabat
allahurabbi, pemberian yang tiada nilaiannya
ku syukuri atas segala nikmat yang Engkau kurniakan
nikmat kasih sayang kerana-Mu Ya Allah



Ya Rabbul jalil..
pelihara dirinya dalam sebaik-baik pelindungan-MU
sentiasa berada di bawah naugan rahmat & kasih sayang-Mu
sentiasa memiliki-Mu disetiap helaan nafasnya
kurniakan kebahagian yang tidak disangka2
kurniakan senyuman-Mu yang menjadi kekuatannya


^________^
ku sentiasa tersenyum dalam kekaguman
subhanaAllah, Indah sekali ciptaan-Mu ini
yang sentiasa meniti dihujung hatiku
lalu hatiku sering tersenyum indah
^__________^
sungguh Ya Tuhan...
aku menjadi saksi penciptaan-Mu ini
seumpama Engkau kirimkan 'Malaikat'
Di kiri dan kananku..
yang senantiasa mengetuk diriku dari terlena duniawi


ku sentiasa tersenyum dalam kekaguman, kesyukuran dan kebahagian
umpama melihat jannah firdausi terbentang luas buatku dan dirinya
umpama berteduh di bawah naugan rahmat-Mu
^___________________________^


YA ALLAH, YA TUHANKU...
Andainya bahang mahsyar menyentuh tubuhnya
aku menjadi saksi keimanan dan kesolehannya pada-Mu
namun yang pastinya......
himpunkan kami di suatu saat, ketika dan waktu
agar nanti, ku bisa berteduh di sisinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...